Friday 30 November 2012

Bosannn....


aku tak cantik, tapi aku bersyukur apa yang dikurnia olehNya pada aku sekarang

aku tak seperti perempuan-perempuan lain yang bergaya lagi havoc gitu, aku cuma diri aku yang serabut lagi serabai

aku tak sepandai orang lain, cuma seorang insan yang masih lagi mencari ilmu untuk bekalan diri

aku tidak jugak kaya, apa yang aku ada sekarang semua bukan milik aku,semua milikNya

aku bukan jugak seorang insan yang baik, berharap agar datang seorang insan yg boleh membimbing aku n mengharap petunjuk dariNya

aku tidak jugak gadis yang ayu, cara duduk tidak seayu senah dikampung, cara ketawa boleh dilabelkan sangat evil

aku cuma gadis kampung, yang pnya perasaan menerima dan diterima, itulah aku

Miss u !


You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip

You can take my heart very close to your heart

You can take my heart forever if you like


But not every heart belongs to any other

You and I

You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me

You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin

I want you so

Please come in

And you love me more and more

And my love grows up with you

And you kiss me more and more

And I kiss you, too

And I kiss you, too


If I take your heart, I will cherish it every day

If I take your heart, I will heal these old wounds

If I take your heart, it's to make it happy

If I take your heart, it's forever close to mine

I don't care, I don't care
If I'm again carried away

If you swear, if you swear

To give me your heart in return

To give me your heart in return


I don't care, I don't care

If I'm again carried away

If you swear, if you swear

To give me your heart in return

To give me your heart in return




Gulahati : mohamad shahrul

Cuba untuk menjadi yang terbaik...


to someone: aku minta maaf sebab aku tak dapat teruskan relation kita. aku nak kau lepaskan aku secara baik sebab aku minta aku di lepaskan secara baik jugak. aku tak mau kau ganggu hidup aku lagi dengan pelbagai masalah. cukup lah apa yang kau dah buad kat aku selama ni. aku inginkan kebebasan tanpa ada sebarang masalah dengan kau. kau tidak mampu membahagiakan hidup aku dan aku tak mampu membahagiakan hidup kau. aku harap kau dapat terima kenyataan ni dengan baik. satu lagi, aku harap kau pegang sumpah kau tu sebab aku tengok sekarang ni kau dah lupa segala sumpah kau kat aku. kau tetap buad jugak perkara tu walaupun berkali kali aku dengar sumpah dari mulut kau yang kau takkan buad lagi perkara tu. kau pernah cakap yang kau harap aku akan percaya segala sumpah dan janji kau tu, tapi aku tak boleh percaya sebab aku tak nampak pun kau pegang janji dan sumpah kau tu. tolong fikirkan kesan segala sumpah dan janji kau tu satu hari nanti. perjalanan hidup kita jauh lagi. jauh sangat sangat. macam macam lagi benda yang kita perlu buad. lastly, aku merayu sangat sangat kat kau, tolong jangan ganggu hidup aku .mulai saat ini, aku harap kau lupakan aku dan segala kenangan kita selama kita bersama dulu. memang agak susah nak terima benda ni, tapi aku yakin kau mampu. aku minta maaf kalau aku pernah sakitkan hati kau dan aku maafkan segala masalah yang kau telah timbulkan kat aku. tidak ada sedikit dendam pun kat kau. aku harap kau dapat terima dengan redha. insyaAllah ada hikmah daripada segala yang telah terjadi. Thanks for everything :) .Biarlah kte hanya menjadi sahabat selamanya.

Thursday 29 November 2012

Kenapa wanita kurang suka lelaki ??

 
 
1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak
meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak ialah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala
gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti
mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis.
Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan
melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang
suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!


8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki
selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidak
semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN


Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita,
alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar  pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang
ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada  juga
sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam  alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata  duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa
cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA


Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering  dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya
tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak  pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja.
Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun
sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah
kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa
kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang
pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun
dia tak  sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH


Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak  sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak  ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi
alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau  ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan
tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,  mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si  dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap
meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya  sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap
anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari  kesalahan
sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen
HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Bercinta dan berkasih biar satu, berkawan biar seribu.
Tiada istilah berkongsi kasih-sayang di dalam hidupku.  Seorang jejaka, hanya untuk seorang wanita dan tidak lebih dari itu.


Maaf ^_^

Maaf bab buat awak mara .. saya tunjukkan k'degilan saya cakap kasar ngn awak .. tak de niat nak wat cmtuhh sebenarnya.. saya percayakan awak .. saya cuma nak tengok awak yakin kan saya je n nak awak pujok saya :( tipu lau takde rase cemburu walaupun sikit, lagiII ble ingat kisah yang awak cerita.. saya sentiasa doa supaya awak xpenah berubah hati, saya sayang awak..... ;(

Tuesday 27 November 2012

Penantian........

PENANTIAN adalah satu ujian,
tetapkanlah aku selalu dalam HARAPAN,
kerana keimanan tidak hanya diucapkan,
adalah KETABAHAN menghadapi cubaan,
SABARKANLAH aku menanti pasangan hati,
tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini,
di dalam masa diri menjemput berkahMu,
tibalah izinMu atas harapan ini,
TEGUHKANLAH ku di penantian ini,
Berikanlah CAHAYA terangmu selalu,
Hanya padamu doaku ini,
Duhai tempat MENGADU segala rasa diri..

>>>rindu pada kamu ♥♥♥... Ya Allah, padaMu ku serahkan segalanya.. permudahkan segala urusan kami menuju ke jalanMu.. 








Cuti semm :)

Alhamdulilah... akhirnya selesai jugak menduduki final exam semm 3
hope result oke....
hhooreeyy balik kampung,, ^_^


Friday 23 November 2012

Last meet


21/11/2012
spantime with chenta sebelum dye balik JB
oke rasa xnak lepaskan je dye pegi..
haha ape la dye nk g praktikal je pun
tapi.........
hihi yela kn sbelum nie xpnah berjauhan, lau jauh pun kejapII je
so yang nie paling terasa sangat
cover je time tuh , nak je cakap pinjam bahu awk nak menagis.....
Actually Happy meet awk  :)


 22/11/2012
wow,, masa pantas berlalu......
dapat jmpe kejap je, oke xpe faham awk penat
aishh dapat tengok muka kejap pun jdi la hihi
oke point yang nie paling aku touching sangat,,
nak pandang dye pun sayu je.....
bukan saya sengaja xnk tengok awk
 Tuhan je yang tahu ^_^
time tuh cuba tok meredakan keadaan,,ternyata.....
hohoho mencurahII hujan 
ishh malu pulak,, tapi puas da lepas semuanya !
oke tutop cerita , story lain :)


ha yang nie sangat special
oke terharu.......
seriously,, see !




Thanx chenta for everything , hope we still together until the end.... :))




Thursday 22 November 2012

Subhanallah,, aku x terdaya ...




 ♥ Rintik hujan akhirnya kunjung tiba... di saat diri tidak lagi berdaya menahan rasa, ku bebaskan perasaan itu PERGI..

yaAllah...
kuatkan hati nie..

kuatkan jiwa ini...
kuatkan iman ku ini..
kuatkan perasaan ku ini..
kuatkanlah.... :(

Jauh itu ada jarak yang terpisah, jauh itu ada ruang yang memisah,
Jauh itu dua insan yang terpisah,
Namun ada rindu yang tak sudah....

~saya sayang awak , rindu awak ~
Ya allah, kuatkan hati ini.. Hanya dirimu maha mengetahui segalanya..





  saya percaya !

Love u dear !






Wednesday 21 November 2012

Renovate hati =)


manusia..
hatinya lembut..apatah lagi perempuan...
tidak mahu dikatakan ingin menunjuk nunjuk
sekadar berkongsi ilmu..salahkah?
tidak ku paparkan bagi yang tidak sudi membacanya..
tidak juga ku paparkan untuk membangga bangga..

benar..

hati manusia yang pelbagai kehendaknya..tidak mungkin dapat dipuaskan satu persatu...
tapi mungkin antara yang berjuta itu mampu kupuaskan satu..
walau satu...
cukuplah bagiku...
kerana dapatku membantu..
kerana aku pun begitu...
mencari ubat hatiku dengan mencari ayat-ayat yang boleh dijadikan penguat jiwa..
walaupun ketenangan itu hanya sebentar..

maafkan aku jika menulis seperti orang yang tidak waras..

kerana ini adalah rasa hatiku...
kata hatiku...
yang tidak ku tahu seberapa ramai yang memahami...

cukuplah hanya Allah mengetahui dan memahami isi hatiku...



 Aku punya hati dan perasaan =)

Tuesday 20 November 2012

warna-warni kehidupan ^_*


Menurut pengkaji, manusia dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang manusia, warna dan tafsiran perwatakannya.


-MERAH

Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.
-BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
-HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
-HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
-COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
-UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
-KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.
-KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
-PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.



Monday 19 November 2012

THE END...







Buku lama cuba aku tutup.
Lupakan segalanya.
Aku relakan semua kenangan itu pergi.
Selamanya lamanya.
Jangan di kesali dan jangan sesekali di ungkit kembali.
Selamat tinggal, hidup lama
Selamat datang, hidup baru :)
 
------------------------------------------------------------------

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau permudahkanlah segala urusan dan masalah yang aku hadapi. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya itu yang Engkau kehendaki.

Sunday 18 November 2012

Sebak , lemah ;(


Hayati lagu ini ....


Ya Allah, lemahnya hambamu ini..
Jika sebelum ini air mata ini selalu sangat mengalir kerana makhlukmu,
kini ia mengalir untuk merasai penderitaan saudara kami di Ghaza.


Bukankah air mata untuk saudara di Ghaza ini lebih bermakna??
Ya Allah ,,
janjimu adalah benar
suatu hari islam pasti akan menang.
YAKIN ! 

 'Mereka' perlukan 'kita' di 'sana'!









Saturday 17 November 2012

I trust u dear ^_*



sms from capital S


Pengecutkah saya ?


Dalam meniti kehidupan yang penuh mehnah kini,
aku akui, tatkala diri merenung jauh,
apakah kesalahan diri?

aku akui, tatkala di dalam berbicara,
mulut dan lidah tersalah kata,
mungkin ada yang manis dan ada juga yang pahit untuk di dengar..

tetapi?
aku manusia yang lemah..
tiada apa kudrat yang ada pada diri melainkan
pertolongan dari ilahi..

apabila diri telah di pertangungjawabkan,
tidak kiralah siapa,
ku pasti kau pun juga..
kita semua adalah khalifah di muka bumi
hamba ALLAH yang abadi..

apabila kita sudah memperakui khalifah itu,
maka seharusnya kita perlu melaksanakan
perbuatan amar ma'ruf nahi mungkar...

lantas diri terpanggil,
di saat diri sudah mencecah 20 tahun
aku di uji dengan pelbagai mehnah dan ujian
satu persatu aku lalui dengan tenang dan sabar..

namun dalam menghadapi ujian itu,
kadangkala aku tewas..
aku langsung tidak berani menegur,

mungkin kesalahan diri ini,
tidak langsung menggunakan kelebihan diri..

tetapi,
apa yang aku buat,
cuma penulisan yang sedikit ini..
sekadar ini sahaja yang aku mampu
untuk menegur...


maafkanlah diri ini wahai sahabat!
aku hina, aku lemah, aku tidak layak untuk semua itu.. ='(



^_*

 
M'genal erti khidupan mrupakn stu p'kra yg sgt sukar ttapi indah . .jgn p'nah ptus asa dlm khidupan . .apa pun t'jd tak kira phit mna pun jgn tkut krane kita blajar . .dgn hdirnye p'dritaan dlm hdup , akn d'srtakn kbahagiaan . . cma kbahagiaan tu dtg lmbat . . :)

Friday 16 November 2012

Reasons why ILY ....

  • Kerana bersabar dengan saya. 
  • Untuk menjadi orang yang paling jujur ​​yang saya tahu.
  • Untuk cinta anda.
  • Untuk membuat saya berasa selesa di sekeliling anda.
  • Untuk menjadi benar kepada diri sendiri.
  • Untuk menjadi buddy awal pagi saya. 
  • Untuk menjadi orang yang manis yang saya tahu.
  • Untuk membuat saya ketawa.
  • Untuk berkongsi hidup anda dengan saya.
  • Untuk membiarkan saya curahkan segala-galanya untuk anda.
  • Kerana anda membuat saya tersenyum.
  • Kerana anda menambah warna kepada kehidupan saya.
  • Kerana anda membuat saya ketawa apabila saya mahu menangis.
  • Kerana anda masih mencari masa untuk saya, walaupun apabila anda sibuk.
  • Kerana anda mengajar saya banyak perkara tentang kehidupan.
  • Kerana anda masih mencari masa untuk saya, walaupun apabila anda sibuk.        
     
     
     

Thursday 15 November 2012

16/11/2012 ;(

Hari ke-2 final examm sem 3..
'Rekabentuk Logik'
dgar cm senang je kn , tpi ya Allah susah ya amat tuhan je yang tahu
tuggu je la result yang bakal tiba....
macam nk menangis tgok soalan tdi

usaha+doa+tawakal
sume da....
insyaallah sume nye oke
Ya allah permudahkan la segalanya :(


Wednesday 14 November 2012

Awal Muharam :)




Selamat menyambut Awal Muharam 1434 H

Perginya Zulhijjah untuk menyambut kehadiran Muharram . Perginya kenangan lalu untuk menempuhi azam .
Membuat perubahan di tahun baru ini supaya mendapat keredhaan ilahi :)
tidak mudah untuk berubah tetapi jika ada keyakinan diri insyaallah semuanya oke
bermulalah perjuangan baru.... peace ! :)
 
 love -ain-
 

 
 

Tuesday 13 November 2012

Kecantikan lelaki dan kegagahan wanita


Lelaki yang cantik adalah:

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan..Red heart

 


Monday 12 November 2012

Wish me luck !



 Final exam sem 3..
wwooowww ! semakin hampir ..
study , study n study
study smart not study hard , hihi

14,16,19,20,26,27 (november 2012)
sahabat wish me luck k :)