Saturday 9 November 2013

Rinduku hanya Diaa ;)


Kasih telah terbina sebuah mahligai.. menjadi tanda agungnya cinta kita. kasih telah ku binakan istana menjadi tanda sebuah cinta sejati. bakal menghiasi haruman firdausi.. tapi angin yang datang bagaikan badai yang melanda..kau pergi tanpa menungguku..akan kupahatkan doaku di dalam lena dan juga jagaku.. 

P/S: saya sayang awak dengan kesungguhan saya. tapi takdir lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. saya akan pegang janji awak. awak sentiasa dalam hati saya..


Tuesday 7 May 2013

Terusan Kuat Untuk Diri Sendiri..


Lama agaknya tak berblog sejak busy sangat dengan class tapi still curi-curi masa untuk menulis. pelbagai masalah sekarang ni, tapi xdela serius sangat mybe terlalu ikotkan perasaan.. Taknak laa asyik tension jee... hehe :)

Banyak perkara sedih yang berlaku sepanjang hidup mengajar aku untuk sentiasa berani menghadapi realiti kehidupan, walaupun adakalanya payah.. aku selalu elakkan diri dari mengeluh dengan kepayahan itu. Ya ! aku manusia biasa yang ada tikanya akan mudah jatuh dan rapuh dalam melayari dugaan dariNya :)


Ada yang tak percaya pada Karma kehidupan, tetapi ada jugak yang percaya kehidupan dan perjalanan kita ni macam roda yang berputar. Hari ini kita lakukan kejahatan, walaupun hati kita puas... Kita masih belum tahu apa yang bakal berlaku pada kita di masa depan. 

Membuat keputusan tentang sesuatu tanpa sebuah penjelasan yang jelas itu memang amat menyakitkan. Ya ! Mungkin kita boleh kata :
" Aku yang rasa, Aku yang melaluinya, kalian tak Faham, Tak Mengerti ! " 

Manusia ini hakikatnya sama, kita akan berusaha mendapatkan "sesuatu" itu dengan bersungguh-sungguh ketika kita benar-benar ingin rasa dan menginginkannya.... 



Tapi, kita akan "BUANG" ia jauh-jauh dan sejauh yang mungkin bila kita rasa ia tak perlu lagi untuk menghiasi hidup kita kan ?
Aku menitiskan airmata, korang kesatkan :) Buat kawan-kawan yang selalu bagi kata-kata semangat, yang rapat, yang sangat membantu... Terima Kasih kerana turut merangsang kehidupan aku menjadi lebih baik :)  
  Aku belajar melalui rasa itu agar sederhana, mencintai insan dan sahabat yang ada, bukan mencari yang sempurna hanya perlu sedikit perhatian dari yang benar-benar ikhlas....

stiap p'kare ade sebabnye .stiap khidupan ade ujian dan dugaannye .dan stiap takdir jga ade hikmah d'sbalik ketetapanNya. .sbarlah dlm b'sbr

 Semoga semuanya menjadi lebih baik ;)
                                                                                                                                                 ~D.y.r.a~

Thursday 2 May 2013

Nurkilan..


Aku hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari khilaf sama ada melalui pertuturan mahupun perlakuan, keadaan yang genting seringkali membuatkan aku hampir terjatuh, menangis, dan ada ketikanya rapuh, tidak salah untuk mempunyai perasaan marah, tidak hina jika mempunyai rasa benci... Bukankah semua rasa itu diciptakan untuk merangkulkan segala ekspresi ? Ya ! Manusia, tidak pernah puas untuk berkata, sekali... dua kali... mahupun berkali-kali... Tidaklah rela diri ini disakiti tetapi biarlah kehadiran rasa ini mengajar untuk lebih berdikari. Isi hati ini tidaklah dirangkulkan untuk mengaibkan mahupun menjatuhkan... Mungkin ini rasa yang biasa untuk insan yang baru menapak, cuba untuk berdiri.... kadang-kadang apa yang berlaku ini semakin membuat aku tidak faham dengan kehidupan, semakin benci melalui hari dan semakin tawar hati merasai kegembiraan, untungnya aku masih ada mereka... baik mahupun buruk kehadiran mereka dalam hidup ini, aku bersyukur... kerana kehadiran mereka mengajar aku lebih mendalami ilmu, ilmu kehidupan.... Hijabku, pemakaianku, cara aku menonjolkan diriku.... bukanlah rasa dan cara untuk mereka terus mencemuhku, mencemburui setiap helaian yang ada ditubuhku... YA ! aku cuba mententeramkan diriku dengan ayat suciNya, dengan Sujud kepadaNya walaupun masih belum cukup ilmu agama di dada ini kerana aku juga masih belajar, belajar bersama orang-orang yang lebih tinggi ilmu agamanya, walaupun masih ada yang terus mencemuh dan mentertawakan segalan-galanya tentangku... Aku tetap terus tersenyum, masih terus menipu alam sekeliling dengan tawa dan mulut yang masih ramah berkata-kata.. Ya ! Aku tidak mahu kehilangan mereka yang aku sayang, pernah hadir mengubati rasa dalam menjalani kehidupan, tetapi aku rela andainya ini jalan yang terbaik untuk memulihkan semua.. inn Syaa Allah.. 

~d.y.r.a~


Saturday 2 March 2013

-____-

Kali pertama aku mengenali mu,mahu bersama mahu bersama,raut wajah mu bersih,menyakinkan hati ini,aku terpaut...semua dusta palsu,aku tertipu,keperibadian mu,berubah menurut nafsu,,panggilan mu gelaran mu,baru ku tahu...Lakon layarmu hebat,terpukau ku melihat..isi hatimu tahan sampai bila,kau mahu tersesat,tidakah kau penat hidup penuh muslihat..mahkota mu raja drama. 
#sama2 beringat >.<
berikan kekuatan disaat diduga dengan pelbagai cubaan 0,o

Sunday 20 January 2013

My beloved Adikk :))



Musliha 
10/09/1994
same bfday wit me,,
 U are important in my life.
Thanx for everything dear.
Dont forget me yaa :)) 
miss u everytime..
I love u so much...