hatinya lembut..apatah lagi perempuan...
tidak mahu dikatakan ingin menunjuk nunjuk
sekadar berkongsi ilmu..salahkah?
tidak ku paparkan bagi yang tidak sudi membacanya..
tidak juga ku paparkan untuk membangga bangga..
benar..
hati manusia yang pelbagai kehendaknya..tidak mungkin dapat dipuaskan satu persatu...
tapi mungkin antara yang berjuta itu mampu kupuaskan satu..
walau satu...
cukuplah bagiku...
kerana dapatku membantu..
kerana aku pun begitu...
mencari ubat hatiku dengan mencari ayat-ayat yang boleh dijadikan penguat jiwa..
walaupun ketenangan itu hanya sebentar..
maafkan aku jika menulis seperti orang yang tidak waras..
kerana ini adalah rasa hatiku...
kata hatiku...
yang tidak ku tahu seberapa ramai yang memahami...
cukuplah hanya Allah mengetahui dan memahami isi hatiku...
Aku punya hati dan perasaan =)


No comments:
Post a Comment