Thursday 2 May 2013

Nurkilan..


Aku hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari khilaf sama ada melalui pertuturan mahupun perlakuan, keadaan yang genting seringkali membuatkan aku hampir terjatuh, menangis, dan ada ketikanya rapuh, tidak salah untuk mempunyai perasaan marah, tidak hina jika mempunyai rasa benci... Bukankah semua rasa itu diciptakan untuk merangkulkan segala ekspresi ? Ya ! Manusia, tidak pernah puas untuk berkata, sekali... dua kali... mahupun berkali-kali... Tidaklah rela diri ini disakiti tetapi biarlah kehadiran rasa ini mengajar untuk lebih berdikari. Isi hati ini tidaklah dirangkulkan untuk mengaibkan mahupun menjatuhkan... Mungkin ini rasa yang biasa untuk insan yang baru menapak, cuba untuk berdiri.... kadang-kadang apa yang berlaku ini semakin membuat aku tidak faham dengan kehidupan, semakin benci melalui hari dan semakin tawar hati merasai kegembiraan, untungnya aku masih ada mereka... baik mahupun buruk kehadiran mereka dalam hidup ini, aku bersyukur... kerana kehadiran mereka mengajar aku lebih mendalami ilmu, ilmu kehidupan.... Hijabku, pemakaianku, cara aku menonjolkan diriku.... bukanlah rasa dan cara untuk mereka terus mencemuhku, mencemburui setiap helaian yang ada ditubuhku... YA ! aku cuba mententeramkan diriku dengan ayat suciNya, dengan Sujud kepadaNya walaupun masih belum cukup ilmu agama di dada ini kerana aku juga masih belajar, belajar bersama orang-orang yang lebih tinggi ilmu agamanya, walaupun masih ada yang terus mencemuh dan mentertawakan segalan-galanya tentangku... Aku tetap terus tersenyum, masih terus menipu alam sekeliling dengan tawa dan mulut yang masih ramah berkata-kata.. Ya ! Aku tidak mahu kehilangan mereka yang aku sayang, pernah hadir mengubati rasa dalam menjalani kehidupan, tetapi aku rela andainya ini jalan yang terbaik untuk memulihkan semua.. inn Syaa Allah.. 

~d.y.r.a~


No comments:

Post a Comment